Sifat fizikal Zuhrah

Zuhrah diselubungi awan tebal

Zuhrah dianggap sebagai planet kembar Bumi kerana saiz, jisim, isipadu dan ketumpatannya yang hampir sama dengan bumi. Malahan, planet Bumi dan Zuhrah terbentuk daripada awan nebula yang sama. Walau bagaimanapun, kedua dua planet ini mempunyai sifat yang berbeza. Zuhrah tidak mempunyai lautan, dan diselubungi dengan atmosfera yang mengandungi karbon dioksida pada peratusan yang tinggi. Atmosfera Zuhrah juga tidak mempunyai wap air dan awan awan di Zuhrah terdiri daripada titisan titisan asid sulfurik. Di permukaan Zuhrah, tekanan atmosferanya 92 kali ganda lebih tinggi daripada tekanan udara Bumi pada permukaan laut.

Zuhrah juga terkenal sebagai planet 'rumah hijau' kerana mempunyai kandungan karbon dioksida yang tinggi di dalam atmosferanya. Cahaya matahari akan memanaskan permukaan planet tersebut, namun disebabkan atmosferanya tumpat, tenaga haba tidak dapat dipancarkan semula ke angkasa lepas. Akibatnya suhu permukaan Zuhrah mencapai 480 °C dan lebih panas daripada suhu permukaan Utarid.

Terdapat juga lingkaran asteroid yang kebanyakannya mengelilingi matahari di antara orbit planet Marikh dan Musytari. Disebabkan oleh putaran, garis pusat pada garis khatulistiwa adalah terpanjang bagi setiap planet dan bintang.

Saiz dan usia Zuhrah sama seperti Bumi tetapi iklimnya jauh lebih mencabar, dengan suhu sekitar 460 darjah Celsius dan begitu banyak karbon dioksida iaitu gas rumah hijau utama di Bumi.

Geologi

Rencana utama: Geologi Zuhrah

Kebanyakan permukaan Zuhrah terbentuk melalui aktiviti gunung berapi. Jumlah gunung berapi Zuhrah adalah beberapa kali lebih banyak berbanding Bumi, dan memiliki 167 buah gunung berapi dengan lebar lebih daripada 100 km; Bumi hanya memiliki sebuah gunung berapi sebegini, yakni Big Island di kepulauan Hawaii.[1]:154 Hal ini kerana kerak Zuhrah adalah lebih tua daripada kerak Bumi; kerak Zuhrah dianggarkan berusia antara 300 ke 600 juta tahun,[2] manakala purata usia kerak Bumi ialah kira-kira 100 juta tahun kerana sering digantikan di zon benam plat-plat tektonik.[3]

Bukti-bukti kewujudan aktiviti gunung berapi di Zuhrah telah dikemukakan. Pengorbit Venera 9 mendapat bukti spektroskopi tentang kewujudan kilat di Zuhrah,[4] dan dibuktikan sekali lagi oleh Venera 12.[5][6] Pada awal 2020, para pengkaji astronomi telah mengemukakan bukti bahawa Zuhrah memiliki sistem gunung berapi yang aktif pada masa ini.[7][8]

Orbit dan putaran

Zuhrah mengorbit Matahari pada jarak 0.72 unit astronomi, AU, atau kira-kira 108 juta km. Orbit Zuhrah adalah hampir bulat secara sempurna, dengan nilai kesipian orbit kurang daripada 0.01.[9] Setiap 584, Zuhrah akan berada di antara Matahari dan Bumi, menyebabkan Zuhrah dan Bumi berada pada jarak purata 41 juta km. Namun begitu, disebabkan oleh kesipian orbit Bumi yang semakin berkurangan, jarak minimum Zuhrah dari Bumi dianggarkan akan meningkat dalam masa puluhan ribu tahun akan datang.[10]

Satu hari di Zuhrah adalah lebih panjang daripada satu tahun. Zuhrah melengkapkan putaran di paksinya dalam masa 245 hari Bumi, dan mengelilingi orbitnya dalam masa 225 hari Bumi. Zuhrah juga berputar daripada timur ke barat, berbeza dengan bumi, iaitu dari barat ke timur. Ini bermakna di Zuhrah, matahari akan terbit daripada barat.

Rujukan

WikiPedia: Zuhrah http://www.mentallandscape.com/V_OKB1.htm http://adsabs.harvard.edu/abs/1958ApJ...127....1M http://adsabs.harvard.edu/abs/1980CosRe..18..325K http://adsabs.harvard.edu/abs/1990AdSpR..10..137R http://adsabs.harvard.edu/abs/1998AREPS..26...23N http://www-ssc.igpp.ucla.edu/personnel/russell/pap... http://eclipse.gsfc.nasa.gov/transit/catalog/Venus... http://nssdc.gsfc.nasa.gov/planetary/factsheet/ven... http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/6... http://www.utusan.com.my/info.asp?y=2012&dt=0601&p...